Mengenai BSMA

Pengenalan

Bermula pada tahun 2000, Jabatan pengairan dan Saliran (JPS) telah melancarkan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang bersifat lebih menyeluruh, mengambil kira masalah semasa yang dihadapi seperti banjir kilat, pencemaran sungai, hakisan tanah, pembangunan di tanah tinggi dan tanah pamah dan sebagainya bagi menggantikan manual yang pertama. Manual ini juga telah dikaji semula oleh pelbagai agensi, pertubuhan dan pakar asing. Jika sesuai, pendapat mereka akan dipertimbangkan dalam penyediaan dokumen akhir.

Bahagian Saliran Mesra Alam (BSMA), JPS Negeri Selangor selaku bahagian yang bertanggungjawab dalam membuat semakan dan ulasan teknikal bagi sebarang pembangunan baru di seluruh Negeri Selangor turut menggunakan Garis Panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA), Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia ini sebagai rujukan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 1 Januari 2001 yang telah bersetuju agar pemakaian MSMA sebagai syarat kelulusan pelan pembangunan melibatkan infrastruktur saliran disemua agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Swasta. Pelan saliran dan kerja tanah berdasarkan MSMA juga menjadi syarat utama dalam kelulusan pemajuan tanah oleh One Stop Centre (OSC) yang diurusetiakan oleh pihak PBT.

Peranan BSMA

  • Bertanggungjawab untuk penyediaan dan penggubalan dasar, kriteria dan piawai yang bersangkutan dengan pengurusan air hujan.
  • Merancang dan melaksana projek-projek infrastruktur saliran di bawah peruntukan persekutuan
  • Menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk bandar-bandar utama di Malaysia
  • Merancang dan melaksana projek-projek agensi bukan teknikal (AP182)
  • Menyediakan khidmat teknikal dalam Pengurusan Air Hujan.
  • Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program-program pembangunan sumber manusia dalam bidang kepakaran Pengurusan Air Hujan.
  • Mewujudkan kerjasama sektoral mengenai pelaksanaan MSMA di peringkat Nasional dan Antarabangsa.

Mengenai PISMA

Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) adalah satu kerangka tindakan yang mengunapakai konsep MSMA bagi pengurusan air larian hujan di dalam kawasan kajian. PISMA menyediakan cadangan penyelesaian jangka panjang secara komprehensif bagi mengatasi banjir kilat di kawasan kajian. PISMA dapat dijadikan dokumen panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam merancang pembangunan yang lebih sistematik.

Objektif PISMA

  • Kuantiti air: Mengenal pasti langkah-langkah jangka panjang untuk mengurangkan risiko banjir
  • Kualiti Air: Mengenal pasti langkah-langkah jangka panjang untuk mengurangkan impak pencemaran (non-point source) kepada sungai dan saliran
  • Aset Inventori: Menyediakan Aset Inventori untuk saliran di dalam kawasan kajian

Dasar

  • Bertanggungjawab untuk penyediaan dan penggubalan dasar, kriteria dan piawai yang bersangkutan dengan pengurusan air hujan. 
  • Merancang dan melaksana projek-projek infrastruktur  saliran di bawah peruntukan persekutuan. 
  • Menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk bandar-bandar utama di Malaysia. 
  • Merancang dan melaksana projek-projek agensi bukan teknikal (AP182) 
  • Menyediakan khidmat teknikal dalam Pengurusan Air Hujan. 
  • Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program-program pembangunan sumber manusia dalam bidang kepakaran Pengurusan Air Hujan. 
  • Mewujudkan kerjasama sektoral mengenai pelaksanaan MSMA di peringkat Nasional dan Antarabangsa. 

Inisiatif Pelaksanaan

PRODUK BSMA

 

1. Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) 

 

Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) merupakan satu garis panduan untuk membuat perancangan infrastruktur saliran mesra alam melalui konsep kawalan kuantiti dan kawalan kualiti air pada peringkat punca. Pemaju-pemaju perumahan perlu membina infrastuktur saliran seperti kolam takungan banjir yang bertujuan untuk mengurangkan aliran puncak banjir agar ianya tidak membebankan sistem saliran di hilir.  

 

2.  Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA)

 

Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) merupakan satu kerangka tindakan yang menggunakan konsep ’kawalan di punca‘ seperti dalam Manual Saliran Mesra Alam bagi pengurusan air larian hujan. Kajian PISMA ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenalpasti punca-punca kejadian banjir kilat yang berlaku dan sebagai rujukan dalam merancang infrastruktur saliran serta mengenalpasti langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat. 

 

    Objektif PISMA: 

  • Untuk merangka pelan induk  jangka masa panjang dalam pengurusan air larian hujan untuk mengurangkan risiko banjir 
  • Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan kualiti air larian hujan menggunakan Teknologi Tersedia Terbaik (BAT) atau Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) untuk mengurangkan kesan pencemaran pada air / badan air. 
  • Untuk membangunkan Inventori Aset Sistem Saliran. 

 

    Hasil PISMA: 

  • Pelan Induk Saliran menerangkan secara komprehensif penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan risiko kejadian banjir kilat.  
  • Pelan Induk Kualiti Air menerangkan Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) yang boleh dilaksanakan bagi mengawal pencemaran akibat pembangunan. 
  • Pembangunan sistem inventori adalah inventori infrastruktur-infrastruktur berkaitan saliran yang ada di kawasan kajian digunakan sebagai rujukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pihak berkaitan untuk pemantauan dan penyelenggaraan.  
  • Drainage capacity Assessment menunjukkan kapasiti sistem saliran dan menyesyorkan sistem saliran yang perlu dinaiktaraf segera 
  • Cadangan Aras Pembangunan  
  • Soil erosion risk map 

Senarai Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam

# Negeri Kajian Tahun
1 Perak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Ipoh, Perak 2002
2 Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sg. Buloh, Selangor 2009
3 Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Klang, Selangor 2009
4 Perak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Parit Buntar dan Bagan Serai, Perak 2009
5 Perlis Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kangar, Arau dan Padang Besar, Perlis 2010
6 Perak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Seri Manjung, Setiawan dan Lumut, Perak. 2010
7 Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kajang, Selangor 2010
8 WP Kuala Lumpur Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sg. Besi, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor 2010
9 Johor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Pasir Gudang, Johor 2010
10 Pahang Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kuantan, Pahang 2010
11 Terengganu Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Dungun, Terengganu 2010
12 Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Pasir Mas, Kelantan 2010
13 Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Tanah Merah, Kelantan 2010
14 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Menggatal, Telipok dan Tuaran, Sabah 2010
15 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Tawau, Sabah 2010
16 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak 2010
17 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Miri, Sarawak 2010
18 Kedah Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Jitra, Kedah 2017
19 Johor Kajian Pelan Induk Saliran Tebrau dan Plentong, Johor 2018
20 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sarikei dan Bintangor, Sarawak 2018
21 Pahang Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Cameron Highland, Pahang 2018
22 Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kota Bharu, Kelantan 2019
23 Perak Kajian Pelan Induk Saliran Bagan Datuk, Perak 2019
24 Terengganu Kajian Pelan Induk Saliran Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu 2019
25 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Limbang, Sarawak 2020
26 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Betong, Spaoh, Saratok dan Debak, Sarawak 2021
27 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Serian, Sarawak 2022
28 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Putatan Kinarut, Sabah 2022
29 Selangor TEST 2022
30 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Lahad Datu, Sabah 2023
31 Johor PELAN INDUK SALIRAN MESRA ALAM KLUANG 2024