Soalan Lazim

Secara amnya JPS membekal data seperti data hidrologi, data gis, data lembangan sungai dan data zon pantai.

Secara umumnya permohonan data dan maklumat boleh dibuat secara rasmi kepada Bahagian Korporat bagi tujuan penyelarasan perkongsian maklumat Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Malaysia.  Walaubagaimanapun sekiranya pemohon telah mengenalpasti jenis data & maklumat yang dikehendaki, pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui kaedah seperti berikut:-

i. Bagi data hidrologi yang terkandung di dalam Ordinan Fi (Data Hidrologi) 1966, Akta Fi 1951 (Akta 209), permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang http://sprhin.water.gov.myatau secara manual melalui http://h2o.water.gov.my

ii. Bagi data geospatial, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman sesawang http://spdg.water.gov.my/spd/login

iii. Selain daripada data hidrologi dan data geospatial, pemohonan hendaklah dibuat secara rasmi melalui surat rasmi atau email kepada Pengarah Bahagian Korporat JPS Malaysia.

i. Permohon hendaklah mengisi borang-borang seperti berikut:-

a.Borang Permohonan Data
b.Borang Perakuan
c.Borang PPNM 1(Untuk permohonan data G.I.S)

ii. Permohon juga perlu mengemukakan dokumen berikut kepada JPS:-.

a) surat rasmi universiti/ perunding / kerajaan
b) salinan kad pengenalan / salinan pasport
c) borang-borang berkaitan yang telah lengkap diisi
d) Ringkasan kajian laporan, tesis dan lain-lain (Pengenalan, Objektif, skop kajian, metodologi dan lain-lain)
e)Surat wakil dan salinan kad pengenalan / salinan passport wakil mengambil data (Sekiranya berkaitan)
f) Surat lantikan dari Kerajaan untuk projek kerajaan (Sekiranya berkaitan)

iii. Sebarang penambahan maklumat yang dikemukakan kepada JPS dianggap permohonan baru.

iv. Pemohon akan dihubungi sekiranya maklumat dan data siap diproses sepenuhnya oleh Jabatan ini.

v. Maklumat dan data yang mendapat kelulusan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) sahaja akan diserah kepada pemohon

vi. Maklumat dan data yang siap diproses tidak akan diposkan kepada pemohon. Maklumat dan data tersebut akan diserahkan melalui serahan tangan atau email (sekiranya data tersebut bersaiz kecil)

Ya, permohonan boleh ditolak disebabkan seperti perkara berikut:-

  • Borang dan dokumen yang dikemukakan tidak lengkap.
  • Maklumbalas dari pemohon lewat dikemukakan kepada JPS (melebihi 7 hari berkerja)
  • Maklumat dan data yang dimohon adalah maklumat sulit dan terhad
  • Maklumat permohonan mengelirukan
  • Maklumat dan data tiada dalam simpanan JPS
  • Permohonan maklumat dan data bagi tujuan kepentingan pihak tertentu
  • Individu, syarikat dan universiti telah disenarai hitam oleh JPS sebelum ini
  • Borang perakauan tidak ditandatangani dan dicop oleh orang yang berkelayakkan.
  • Pemohon tidak menghantar salinan kajian, laporan atau tesis dan sebagainya berdasarkan maklumat data yang diperolehi di JPS selepas siap kajian laporan dan sebagainya sebelum ini

Ya boleh, sekiranya permohonan yang terdahulu ditolak disebabkan oleh:-

  • Borang dan dokumen yang dihantar tidak lengkap serta dokumen
  • Maklumbalas dari pemohon lewat dikemukakan kepada JPS (melebihi 7 hari berkerja)

Pemohon tidak dibenarkan mengunapakai data yang diperolehi untuk tujuan selain dari tujuan asal seperti mana permohonan yang dibuat kepada JPS. Permohon juga tidak dibenarkan berkongsi data dengan individu dan pihak lain. Pemohon boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya pemohon melanggar Akta Rasmi Rahsia Kerajaan 1972 Pemohon hendaklah menghantar salinan kajian, laporan atau tesis dan sebagainya berdasarkan maklumat data yang diperolehi di JPS selepas siap kajian laporan dan sebagainya JPS berhak untuk meminta pemohon untuk membuat pembentangan ke atas hasil kajian, laporan, tesis dan sebagainya bedasarkan data dan maklumat yang diperolehi daripada JPS. JPS berhak tidak membekalkan keseluruhan data yang dimohon Pemohon dikehendaki menghantar status terkini hasil kajian, laporan atau tesis dan sebagainya berdasarkan maklumat data yang diperolehi di JPS terdahulu sebelum permohonan baru dikemukakan ke JPS.

Menjadi satu keperluan di BSMA untuk menilai siapa yang paling hensem untuk diberikan anugerah peringkat tertinggi di dalam BSMA

Cadangan Nama yang paling hensem
1. Haziq
2. Dexter

3. ??

tidak dapat dinafikan lagi bsma hebat.
Bila SISWA aku nak lulus ni guyss… 

KENE ISI SISWA LERRR

MENJADI ORANG YANG HEBAT

Siswa x lulus gaisss

rujuk kepada MSMA Chapter 7