Manual Saliran Mesra Alam
Pengenalan
Satu manual untuk jurutera membuat perancangan infrastruktur saliran bandar melalui konsep kawalan kuantiti dan kualiti di peringkat punca (at source control). Kaedah ini diperkenalkan untuk mencegah bencana banjir kilat, banjir lumpur dan pencemaran sungai. Jemaah Menteri pada Januari 2001 telah meluluskan pemakaian MSMA sebagai syarat kelulusan pelan pembangunan oleh semua agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta sektor swasta. MSMA Edisi ke-2 telah dilancarkan pada tahun 2012 dan mula digunapakai pada 1 Ogos 2012.