Pelan Induk Saliran Mesra Alam

Pengenalan

Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) merupakan satu kerangka tindakan yang menggunakan konsep ’kawalan di punca‘ seperti dalam Manual Saliran Mesra Alam bagi pengurusan air larian hujan. Kajian PISMA ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenalpasti punca-punca kejadian banjir kilat yang berlaku dan sebagai rujukan dalam merancang infrastruktur saliran serta mengenalpasti langkah-langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang secara komprehensif bagi menangani kejadian banjir kilat.

Objektif PISMA

  • Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan air larian hujan untuk mengurangkan risiko banjir
  • Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan kualiti air larian hujan menggunakan Teknologi Tersedia Terbaik (BAT) atau Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) untuk mengurangkan kesan pencemaran pada air / badan air.
  • Untuk membangunkan Inventori Aset Sistem Saliran.

Hasil PISMA

  • Pelan Induk Saliran menerangkan secara komprehensif penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan risiko kejadian banjir kilat.
  • Pelan Induk Kualiti Air menerangkan Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) yang boleh dilaksanakan bagi mengawal pencemaran akibat pembangunan.
  • Pembangunan sistem inventori adalah inventori infrastruktur-infrastruktur berkaitan saliran yang ada di kawasan kajian digunakan sebagai rujukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pihak berkaitan untuk pemantauan dan penyelenggaraan.
  • Drainage capacity Assessment menunjukkan kapasiti sistem saliran dan menyesyorkan sistem saliran yang perlu dinaiktaraf segera
  • Cadangan Aras Pembangunan
  • Soil Erosion Risk Map

Senarai Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam

# Negeri Kajian Tahun
1 Perak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Ipoh, Perak 2002
2 Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Klang, Selangor 2009
3 Perak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Parit Buntar dan Bagan Serai, Perak 2009
4 Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sg. Buloh, Selangor 2009
5 Perak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Seri Manjung, Setiawan dan Lumut, Perak. 2010
6 Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kajang, Selangor 2010
7 WP Kuala Lumpur Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sg. Besi, Kuala Lumpur dan Seri Kembangan, Selangor 2010
8 Johor Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Pasir Gudang, Johor 2010
9 Pahang Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kuantan, Pahang 2010
10 Terengganu Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Dungun, Terengganu 2010
11 Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Pasir Mas, Kelantan 2010
12 Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Tanah Merah, Kelantan 2010
13 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Menggatal, Telipok dan Tuaran, Sabah 2010
14 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Tawau, Sabah 2010
15 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kuching dan Kota Samarahan, Sarawak 2010
16 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Miri, Sarawak 2010
17 Perlis Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kangar, Arau dan Padang Besar, Perlis 2010
18 Kedah Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Jitra, Kedah 2017
19 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Sarikei dan Bintangor, Sarawak 2018
20 Johor Kajian Pelan Induk Saliran Tebrau dan Plentong, Johor 2018
21 Pahang Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Cameron Highland, Pahang 2018
22 Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Kota Bharu, Kelantan 2019
23 Perak Kajian Pelan Induk Saliran Bagan Datuk, Perak 2019
24 Terengganu Kajian Pelan Induk Saliran Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu 2019
25 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Sri Aman, Sarawak 2020
26 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Lawas, Sarawak 2020
27 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Limbang, Sarawak 2020
28 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Sandakan, Sabah 2021
29 Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Kuala Langat, Selangor 2021
30 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Betong, Spaoh, Saratok dan Debak, Sarawak 2021
31 Johor Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Pengerang, Johor 2021
32 Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Semenyih, Selangor 2022
33 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Serian, Sarawak 2022
34 Selangor Kajian Pelan Induk Sepang,Selangor 2022
35 Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Selayang, Rawang Dan Kuang, Selangor 2022
36 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Putatan Kinarut, Sabah 2022
37 Pahang Kajian Pelan Induk Tg. Lumpur,Pahang 2022
38 Negeri Sembilan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan 2022
39 Pahang Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandar Bera, Pahang 2022
40 Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Kuala Krai dan Machang, Kelantan 2023
41 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Lahad Datu, Sabah 2023
42 Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Gua Musang, Kelantan 2023
43 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Tuaran, Sabah 2024
44 Perak Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandaraya Ipoh. Perak 2024
45 WP Labuan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Wilayah Persekutuan Labuan (Tawaran Semula) 2024
46 Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bachok dan Pasir Puteh, Kelantan (Tawaran Semula) 2024
47 Kedah Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Alor Setar Utara, Bandar Darul Aman dan Pekan Kuah, Kedah (Tawaran Semula) 2024
48 Kelantan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Jeli dan Tumpat, Kelantan (Tawaran Semula) 2024
49 Melaka Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Melaka Tengah, Melaka 2026
50 Melaka Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Jasin, Melaka 2026
51 Selangor Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Klang dan Petaling, Selangor 2026
52 Melaka Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Alor Gajah, Melaka 2026
53 Sarawak Pelan Induk Saliran Mesra Alam Bandaraya Kuching, Bahagian Kuching, Sarawak 2027
54 Sarawak Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Mukah, Bahagian Mukah, Sarawak 2027
55 WP Putrajaya Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Wilayah Persekutuan Putrajaya 2027
56 Sabah Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam Pekan Beaufort Dan Pekan Sipitang, Sabah 2027
57 Johor Pelan Induk Saliran Mesra Alam Daerah Johor Bahru, Johor 2027
58 Terengganu Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Daerah Kemaman, Terengganu 2027