Aktiviti & Makluman

Amaran banjir kilat dalam tempoh 24 jam dikeluarkan bagi enam negeri

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri di seluruh negara.
Di Johor, kawasan berisiko terjejas ialah daerah Batu Pahat (Mukim Sungai Punggor, Mukim Simpang Kanan, Mukim Sri Medan serta kawasan sekitarnya) dan daerah Kota Tinggi (Mukim Sedili Besar serta kawasan sekitarnya).
Bagi daerah Muar, (Mukim Sri Menanti, Mukim Ayer Hitam, Mukim Bandar, Mukim Jalan Bakri, Bandar Maharani serta kawasan sekitarnya) dan daerah Pontian (Mukim Rimba Terjun, Mukim Ayer Masin, Mukim Pontian, Mukim Ayer Baloi, Mukim Benut, Mukim Sungai Pinggan serta kawasan sekitarnya).