Aktiviti & Makluman

Beberapa kawasan di Pahang dijangka banjir mulai 8 malam esok

Beberapa lagi kawasan di Pahang diramal berlaku banjir mulai malam esok atau lebih awal berdasarkan simulasi model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
JPS dalam satu kenyataan berkata kawasan dijangka banjir mulai 8 malam esok ialah Kampung (Kg) Beralas, Kg Gading, Jeram Bungor dan kawasan sekitarnya serta Kg Merting, Kuala Tahan dan kawasan sekitarnya.
Sementara di Kg Seberang Guai, Jalan Kg Durian, Kg Bukit Imam Sulong dan kawasan sekitarnya serta Kg Besol, Paya Gintong, Kg Batu Kawah, Kg Perian, Kg Jeransang, Kg Tanjung Betung, Kg Rial, Kg Tanah Nyior, Kg Teh, Kg Jerantut Feri dan kawasan sekitarnya mulai 8 pagi Isnin ini.