Aktiviti & Makluman

KASA laksana penilaian risiko bencana banjir berdasarkan unjuran perubahan iklim

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melaksanakan penilaian risiko bencana banjir berdasarkan unjuran perubahan iklim melalui inisiatif peta hazard banjir dan peta risiko banjir.
Menteri berkenaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), penilaian risiko bencana banjir merangkumi 36 lembangan sungai utama di seluruh negara telah siap dibangunkan.
"Bagi kawasan Lembah Klang, peta hazard banjir bagi enam lembangan sungai telah siap dibangunkan manakala peta risiko banjir melibatkan lembangan Sungai Bernam juga telah siap dibangunkan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.